Assalamualaikum

Assalamualaikum
INILAH SAYA ....

Wednesday, 20 June 2012

Hargailah Wanita ......


~WANITA ~

Apabila seorang perempuan jatuh cinta,
lelaki itu tidak semestinya punya segalanya
tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata,
itu bukan bermakna dia lemah,
tetapi dia sedang mencari kekuatan
untuk terus tabah menyintai lelaki itu.

Apabila seorang perempuan marah,
memang dia tidak mampu mengawal perasaannya
tapi percayalah, itulah maknanya
dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu.

Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh.
Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang,
semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.

Apabila perempuan bercakap banyak,
dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas,
tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah,
itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya,
tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik,
bukan untuk dirinya,
tetapi untuk masa depan anda.

Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda,
bukan bermakna dia tidak sayang..
tetapi dia terlalu sayangkan anda
dan masih menganggap anda anak kecil
yang masih memerlukan sepenuh perhatian.

Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya,
anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi.
Naluri keibuannya sangat kuat.
Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.

Apabila perempuan merajuk,
jangan kata dia mengada-ngada.
Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit
atau hadiah sedozen,
tetapi cukup dengan perhatian
yang boleh buat perempuan rasa dihargai.

Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’,
itu tidak bermaksud dia tidak menyintai
tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya,
bukan hanya hadir dari kata-kata
tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Apabila perempuan kata dia rindu pada kamu,
dia benar-benar maksudkannya.
Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.

Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu,
jangan percaya kata-katanya
kerana dia hanya mahu menguji kamu.
Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya.
Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya.

Selagi dia dengan kamu, percayalah,
walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya
tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Apabila perempuan menjadi degil,
dia bukan bermaksud untuk menjadi degil
tapi dia mahu melihat
sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya.

hati perempuan itu sangat lembut.
Andai kena caranya,
jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.

Apabila perempuan berkata,
“tolong tinggalkan saya!”,
dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya.
Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja.

Apabila dia kembali tenang,
percayalah dia akan mencari anda semula.
Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda.
Perempuan sukar untuk mengawal perasaan.
Dia terlalu emosional.
Tapi dialah yang paling menyayangi anda
dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

itulah yang bergelar perempuan...
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu
dengan perbezaan yang tersendiri.
Tetapi sekiranya mereka saling memahami,
mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan.

Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali.
Di sebalik air matanya,
tersimpan seribu satu kekuatan
yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya.

Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah
tapi dia punya kekuatan tersendiri
yang mampu menggoncang dunia
dan mungkin pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya.

Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda
kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja
tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyokong anda
dan membuatkan hidup anda lebih sempurna.

Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu
yang terbaik untuk anak2 anda.. ♥



~ Tanda pengikat kasih dan janji Dua Keluarga~ kita kan bersatu InsyaAllah....Moga Allah permudahkan jalan untuk kita membina masjid , meramaikan umat, Amenn...~

Tuesday, 19 June 2012

“Ya Allah! Satukanlah kami sebagaimana telah Engkau satukan antara Adam dan Siti Hawa, dan sebagaimana telah Engkau satukan antara Yusuf dan Zulaikha, dan sebagaimana telah Engkau satukan antara Sayyidina Ali dan Fatimah az-Zahra, dan sebagaimana telah Engkau satukan antara Penghulu kami, nabi Muhammad, dan Khadijah al-Kubra serta Aisyah ar-Ridha”.Aminn ya Rabbal A'laminn...~Semoga redha Allah sentiasa bersama dengan kita~
Hai ....cantiknya sandle siapa ni...hehe ,warna putih menjadi pilihanku dr dulu hingga kini...:)

13 Nasihat Rasulullah SAW kepada Saidina Ali


RASULULLAH SAW ada menyampaikan pesanan dan wasiat kepada isteri, anak, kaum kerabat dan umat Islam seluruhnya. Namun antara wasiat yang menarik dan boleh dijadikan bahan renungan bersama ialah wasiatnya kepada menantu baginda, Saidina Ali Abu Talib. Sungguhpun wasiat itu khusus kepada Ali, namun kita sebagai Muslim dan muslimah, perlu menjadikannya sebagai iktibar lalu menjadikannya amalan.


Larangan dan suruhan Rasulullah saw melalui wasiat itu, adalah juga untuk kaum Muslimin dan muslimat. Malah, boleh dikatakan semua perkara dalam wasiat itu adalah ciri-ciri utama orang beriman.


Berikut adalah antara wasiat Nabi kepada Ali seperti yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas: Ibnu Abbas meriwayatkan, bahawa Ali Abu Talib berkata: "Pada hari perkahwinan dengan Fatimah, Rasulullah saw bersabda kepadaku, mengutarakan tiga belas wasiat khusus untukku:"


1. Wahai Ali, takutilah engkau daripada memasuki tempat mandi (hammam) tanpa memakai kain separas pinggang. Bahawasanya barang siapa memasuki tempat mandi tanpa kain separas pinggang, maka dia mendapat laknat (mal'un).


2. Wahai Ali, janganlah engkau ‘memakai cincin di jari telunjuk dan di jari tengah'. Sesungguhnya itu adalah apa yang dilakukan oleh kaum Lut.


3. Wahai Ali, sesungguhnya Allah mengagumi hamba-Nya yang melafazkan istighfar: "Rabighfirli fainnahu la yaghfirul-zunuba illa Anta" ( Tuhanku, ampunilah aku. Sesungguhnya tiada yang mengampunkan dosa melainkan Engkau). Allah lalu berfirman: "Hai malaikat-Ku, sesungguhnya hamba-Ku ini mengetahui bahawasanya tiada yang mengampunkan dosa melainkan Aku. Hai malaikat-Ku: Jadilah saksi, bahawasanya aku telah mengampuni dia".


4. Wahai Ali, takutilah engkau daripada berdusta. Bahawasanya berdusta itu menghitamkan muka dan disuratkan oleh Allah sebagai kazzab (pendusta). Dan, bahawasanya benar itu memutihkan muka dan disuratkan oleh Allah sebagai sadiq. Ketahuilah engkau, bahawasanya sidq (benar) itu berkat dan kizb (dusta) itu celaka.


5. Wahai Ali, peliharalah diri engkau daripada mengumpat dan mengadu-dumba. Bahawasanya orang berbuat demikian itu diwajibkan ke atasnya seksaan kubur dan menjadi penghalang kepadanya di pintu syurga.


6. Wahai Ali, janganlah engkau bersumpah dengan nama Allah, sama ada dusta atau benar, kecuali dalam keadaan darurat, dan janganlah jadikan Allah permainan sumpah engkau. Sesungguhnya Allah tidak menyucikan dan tidak mengasihani orang yang bersumpah dusta dengan nama-Nya.


7. Wahai Ali, janganlah engkau mencita-citakan rezeki untuk hari esok. Bahawasanya Allah mendatangkan rezeki engkau setiap hari.


8. Wahai Ali, takutilah engkau daripada berbantah-bantah dan berkelahi dengan maki-hamun dan sumpah-seranah. Bahawasanya perbuatan itu pada awalnya jahil dan pada akhirnya penyesalan.


9. Wahai Ali, sentiasalah engkau bersugi dan mencolek (mencungkil) gigi. Bahawasanya bersugi itu menyucikan mulut, mencerahkan mata dan diredai Allah, manakala mencolek gigi itu dikasihi malaikat kerana malaikat amat tidak senang dengan bau mulut kerana sisa-sisa makanan di celah gigi tidak dicolek selepas makan.


10. Wahai Ali, janganlah engkau melayani rasa marah.Apabila timbul rasa marah, duduklah engkau dan fikirkanlah mengenai kekuasaan dan kesabaran Allah Taala ke atas hamba-Nya. Pertahankah diri engkau daripada dikuasai kemarahan dan kembalilah engkau kepada kesabaran.


11. Wahai Ali, perhitungkanlah (tahassub) kurniaan Allah yang telah engkau nafkahkan untuk diri engkau dan keluarga engkau, nescaya engkau peroleh peruntukan daripada Allah.


12. Wahai Ali, apa yang engkau benci pada diri engkau, maka engkau bencikan juga pada diri saudara engkau dan apa yang engkau kasih pada diri engkau maka engkau kasihkan juga pada diri saudara engkau, yakni engkau hendaklah berlaku adil dalam memberi hukuman. Dengan itu, engkau dikasihi seluruh isi langit dan bumi.


13. Wahai Ali, perbaikkanlah perhubungan di antara penduduk (jiran) sekampung dan antara ahli rumah engkau. Hiduplah dengan mereka sekaliannya dengan rasa persahabatan dan kekeluargaan, nescaya disuratkan darjat yang tinggi bagi engkau.


Wahai Ali, peliharakanlah pesananku (wasiatku). Engkau akan peroleh kemenangan dan kelepasan.


InsyaAllah


Islam pada awalnya asing dan akan kembali terasing, maka berbahagialah kiranya bagi yang terasing.

NASIHAT RASULULLAH KEPADA AISYAH R.A




Aisyah r.a meriwayatkan : Rasulullah SAW bersabda “Hai Aisyah, aku nasihatkan kepada kamu. Hendaklah kamu sentiasa mengingat nasihatku ini. Sesungguhnya kamu akan sentiasa di dalam kebajikan selama kamu mengingati nasihatku ini…”

Isi nasihat Rasulullah s.a.w tersebut bolehlah dirumuskan seperti berikut: Hai, Aisyah, peliharalah diri kamu. Ketahuilah bahwa sebagian besar daripada kaum kamu (kaum wanita) adalah menjadi kayu api di dalam neraka.

Diantara sebab-sebabnya ialah mereka itu :

(a) Tidak dapat menahan sabar dalam menghadapi kesakitan (kesusahan), tidak sabar apabila ditimpa musibah

(b) Tidak memuji Allah Ta’ala atas kemurahan-Nya, apabila dikaruniakan nikmat dan rahmat tidak bersyukur.

(c) Mengkufurkan nikmat; menganggap nikmat bukan dari Allah

(d) Membanyakkan kata-kata yang sia-sia, banyak bicara Yang tidak bermanfaat.

Wahai, Aisyah, ketahuilah :

(a) Bahwa wanita yang mengingkari kebajikan (kebaikan) yang diberikan oleh suaminya maka amalannya akan digugurkan oleh Allah

(b) Bahwa wanita yang menyakiti hati suaminya dengan lidahnya, maka pada hari kiamat, Allah menjadikan lidahnya tujuh puluh hasta dan dibelitkan di tengkuknya.

(c) Bahwa isteri yang memandang jahat (menuduh atau menaruh sangkaan buruk terhadap suaminya), Allah akan menghapuskan muka dan tubuhnya Pada hari kiamat.

(d) Bahwa isteri yang tidak memenuhi kemahuan suaminya di tempat tidur atau menyusahkan urusan ini atau mengkhiananti suaminya, akan dibangkitkan Allah pada hari kiamat dengan muka yang hitam, matanya kelabu, ubun-ubunnya terikat kepada dua kakinya di dalam neraka.

(e) Bahwa wanita yang mengerjakan sholat dan berdoa untuk dirinya tetapi tidak untuk suaminya, akan dipukul mukanya dengan sholatnya.

(f ) Bahwa wanita yang dikenakan musibah ke atasnya lalu dia menampar-nampar mukanya atau merobek-robek pakaiannya, dia akan dimasukkan ke dalam neraka bersama dengan Isteri nabi Nuh dan isteri nabi Luth dan tiada harapan mendapat kebajikan syafaat dari siapa pun.

(g) Bahwa wanita yang berzina akan dicambuk dihadapan semua makhluk di hadapan neraka pada hari kiamat, tiap-tiap perbuatan zina dengan lapan puluh kali cambuk dari api.

(h) Bahwa isteri yang mengandung ( hamil ) baginya pahala seperti berpuasa pada siang harinya dan mengerjakan qiamullail pada malamnya serta pahala berjuang fi sabilillah.

(i) Bahwa isteri yang bersalin ( melahirkan ), bagi tiap-tiap kesakitan yang dideritainya diberi pahala memerdekakan seorang budak. Demikian juga pahalanya setiap kali menyusukan anaknya.

(j) Bahwa wanita apabila bersuami dan bersabar dari menyakiti suaminya, maka diumpamakan dengan titik-titik darah dalam perjuangan fisabilillah.

Semoga ahlia-ahlia (isteri-isteri) kita dapat mengambil nasihat Nabi pada Aisyah ini di dalam kehidupan mereka. Namun kita sebagai suami hendaklah selalu mendoakan agar ahli-ahlia (isteri-isteri) kita bersifat seperti isteri-isteri Nabi saw serta kita hendaklah juga selalu memaafkan kesalahan dan kesilapan mereka. Pernah seorang lelaki mendatangi Umar r.a untuk mengambil pandangan berkaitan masaalah isterinya yang banyak bersongeh dan berleter. Setelah sampai didapati isteri Umur r.a pun seperti isterinya suka bersongeh dan berleter. Lalu ia pun meninggalkan Umar r.a. Setelah berjalan beberapa langkah Umar r.a menyedari lalu memanggil lelaki itu datang semula menghampirinya.

Setelah diterangkan maksud kedatangannya lalu Umar r.a pun berkata,: "Siapa mereka, mereka adalah isteri kita. Mereka mendidik dan memelihara anak-anak kita. Merekalah yang menjaga harta benda kita. Mereka memasak makanan serta membasuh pakaian kita. Dan yang lebih penting mereka memelihara kita dari terjebak dengan zina. Sedikit kesilapan dan kesalahan mereka maafkanlah". Lalu lelaki itu pun pulang dengan perasaan puas dengan nasihat Umar r.a.

Wallahua'lam

AMALAN PENGASIH SUAMI ISTERI


Mereka yang telah mendirikan rumahtangga pastinya inginkan keluarga yang bahagia dan harmoni. Dalam Islam, untuk mewujudkan kebahagiaan di antara suami isteri, tidak perlulah isteri atau suami mencari ilmu pengasih yang adakalanya lebih memudaratkan. Malah ada yang mendatangkan syirik dan bertentangan dengan agama. Jika suami isteri jujur dan ikhlas ingin memperolehi kerukunan rumahtangga, terdapat beberapa amalan yang patut dipraktikkan iaitu:
1. PANDAI MEMIKAT HATI – Ini bukanlah bermakna menggunakan kepintaran dan kebijaksanaan semata-mata. Masing-masing perlulah mencari jalan supaya pasangan berasakan dirinya benar-benar disayangi dan dicintai. Ucapkanlah kata-kata yang lemah-lembut dan menyenangkan diiringi senyuman yang menggambarkan kasih sayang dan kemesraan yang tak berbelah-bagi. Lakukanlah sesuatu kerja dengan ikhlas dan jujur kerana dengan itu akan menimbulkan kasih sayang yang abadi di antara suami dan isteri.
2. PANDAI MENYESUAIKAN DIRI – Menyesuaikan diri dalam sebuah rumahtangga adalah merupakan suatu usaha yang penting. Suami isteri perlulah memahami pasangan dan hendaklah sedaya-upaya menutup kekurangan pasangan masing-masing. Sikap bertolak-ansur dalam menerima kelemahan pasangan adalah suatu pengorbanan yang besar kerana setiap manusia pasti ada kelemahannya. Namun suami isteri perlulah cuba membaiki diri dengan kerelaan dan kesedaran.
3. SALING HORMAT-MENGHORMATI - Suami isteri perlulah saling hormat-menghormati, menjaga maruah dan peribadi masing-masing. Kritik-mengkritik atau keji-mengeji adalah racun berbisa dalam rumahtangga dan boleh menyebabkan perceraian. Jika ingin menasihati, gunakanlah kata-kata yang lemah-lembut yang tidak mengecilkan hati dan perasaan.
Dalam hidup berumahtangga, suami isteri perlulah menghargai segala usaha dan jasa yang dicurahkan kepada mereka. Janganlah memandang sepi segala usaha dan pemberian yang telah kita nikmati. Isteri janganlah suka melahirkan perasaan tidak puas hati diatas kehendak dan permintaan yang tak dapat ditunaikan suami. Mintalah sesuatu yang mampu diberikan suami dan bukanlah sesuatu yang diluar kemampuannya. Segala yang diberi, perlulah dihargai walaupun pemberiannya kecil sekalipun.
4. CINTA-MENCINTAI – Setiap manusia dikurniakan perasaan semulajadi iaitu perasaan cinta dan kasih sayang. Cinta merupakan pakaian hidup. Suami isteri mestilah berusaha mencari jalan untuk memupuk dan memperbaharui cinta supaya rumahtangga sentiasa dalam keadaan bahagia, aman dan ceria. Cinta hipokrit atau cinta palsu tidak akan membahagiakan jiwa, sebaliknya memusnahkan. Hanya cinta suci adalah cinta yang abadi. Oleh itu, janganlah kita berpura-pura mencintai seseorang kerana itu ibarat kita bermain dengan api.
5. BERTIMBANG-RASA - Sikap bertimbang-rasa perlulah disemai agar kemesraan terjalin. Ia memupuk perasaan kasih dan sayang di antara suami isteri kerana dengan bertimbang rasa perbalahan dan rasa tidak puas hati dapat dielakkan. Sekiranya isteri penat, suami perlulah membantu isteri melaksanakan tugas di rumah. Begitu juga dengan isteri, janganlah memaksa suami menurut segala kehendaknya tanpa bertimbang-rasa.
6. BERMUKA MANIS – Mengiringi suami ke pintu rumah serta mengucup mesra ketika suami keluar kerja dan menunggu suami pulang kerja dengan wajah manis merupakan suatu penghargaan terhadap suami. Hati suami akan sentiasa riang dan bertambah sayang. Kesopanan yang ditunjukkan pula akan mengeratkan kasih sayang. Perkara kecil yang menjadi punca perbalahan janganlah diperbesarkan. Lupakanlah segala perkara yang remeh-temeh dengan menanam sikap pemaaf.

9 LANGKAH SEBELUM "MEMBINA MASJID"



Bagi mereka yang akan mendirikan rumah tangga,di sini ada beberapa langkah utk  persiapan yang anda harus lakukan sebagai ‘guide’ untuk memudahkan urusan anda. InsyaAllah.
1. Kursus kahwin
Kursus kahwin diwajibkan kepada setiap individu yang belum pernah berkahwin. Dapatkan borang permohonan kursus di Pejabat Agama Daerah yang berkenaan. Bakal suami isteri yang akan mendirikan rumahtangga hendaklah mengikuti kursus ini sebelum mereka membuat permohonan untuk bernikah. Ingat, hantar borang sekurang-kurangnya seminggu lebih awal dari tarikh kursus yang dipilih.

2. Borang nikah
Kalau nak nikah, kena lah ambil borang nikah. Pergi ambil di pejabat agama yang terdekat dengan rumah anda. Kalau dah alang-alang nak amik borang tu, tolong lah belikan untuk pihak si dia sekali. RM5 bagi setiap borang lelaki dan perempuan. Kalau anda berkahwin dengan orang yang luar daerah atau berlainan negeri, ada borang lagi yang anda perlu isi ya!

3. HIV test
Pemeriksaan Saringan HIV ( Rapid Test ) wajib dijalankan ke atas setiap bakal pengantin. HIV test bukanlah bertujuan menghalang atau menyekat mana-mana individu untuk berkahwin, sebaliknya memberi peluang kepada mereka mengetahui status kesihatan diri sendiri dan pasangan.

4. Surat akuan bujang
Surat ini anda boleh minta majikan anda tuliskan lepas tu dia tandatangan dan bagi balik kepada anda. Apabila dah siap, jangan lupa buat lagi satu salinan (fotostat ler). =)

5. Saksi Borang
Terdapat macam-macam versi yang pakar cinta dengar. Ada yg cakap saksi borang kena datang masa nikah la dan lain-lain. Jadi, untuk permudahkan ayat, saksi borang dan saksi nikah boleh jadi oang yang sama atau orang yang berlainan. Kalau saksi borang taknak jadi saksi nikah pun takpe.
Yang penting masa nikah MESTI ada saksi okey? Oh, saksi nikah dan saksi borang mesti ada dua orang. Jadi, jangan lupa fotostat kad pengenalan kedua-dua saksi borang. Saksi mesti la lelaki bukan ahli keluarga. Pakcik-pakcik boleh kot. Cuba tanya kat pejabat agama okey?
6. Wali
Ini khusus untuk kaum perempuan. Kena pastikan wali ada masa nikah. Kena fotostat kad pengenalan wali dan wali mesti tandatangan pada borang nikah. Wali adalah orang yang memiliki kuasa penuh untuk menjalankan sesuatu akad nikah atau mengahwinkan seseorang perempuan. Wali juga berhak untuk melangsungkan sendiri sesuatu akad nikah itu ataupun mewakilkannya kepada juru nikah.

7. Surat nikah ibu bapa
Ini khusus pada perempuan anak sulung. Pejabat agama nak pastikan kedudukan seseorang perempuan itu. Kalau perempuan itu diketahui adalah anak luar nikah, jadi bapanya tidak boleh menjadi wali, dan kena pakai wali hakim.

8. Hantar Borang yay!
Apabila dah siap, apa lagi hantar lah. Tapi, sebelum hantar tu, sila pastikan yang anda dah bersedia ye. Yela, mana tahu tiba-tiba kena soal dengan orang pejabat agama tu kan. Kena lah bagi jawapan yang bagus. Nak nikah, mesti bab agama dah lulus kan?

 9. Jumpa kadi
Langkah yang paling penting, jumpa kadi di kawasan anda. Senarai nama-nama kadi tertera pada ‘notice board’ pejabat agama. Atau, anda boleh bertanya kepada pegawai agama masa hantar borang tu. Jumpa kadi biarlah awal. sebab anda kena tahu juga bila kadi ‘free’. Ingat anda je ke yang nak nikah? Bila dah jumpa tu, anda bolehlah tetapkan tarikh dan masa yang sesuai untuk nikah. Borang nikah pun kena bagi skali tau.

PESANAN BUAT BAKAL ISTERI


Ini adalah artikel yang khas untuk bakal isteri diluar sana. Haa, bagi anda yang tengah membaca artikel ini mesti ada seseorang dalam fikiran kan? InsyaAllah, sama-sama kita doakan si’dia’ yang tersayang memang ditakdirkan untuk bersama dengan anda. Suke la tu!
Mari hayati pesanan isteri ‘Auf bin Muhlim Ashaibani kepada puterinya ketika hendak bernikah dengan al Haris bin Amr, raja negeri Kandah.  Sewaktu utusan diraja hendak membawa pengantin untuk disampaikan kepada raja, ibunya berwasiat kepada anak perempuannya:
“Wahai anakku! Kalaulah wasiat ini untuk kesempurnaan adabmu, aku percaya kau telah mewarisi segala-galanya, tetapi ia sebagai peringatan untuk yang lalai dan pedoman kepada yang berakal.”
Andai kata wanita tidak memerlukan suami kerana berasa cukup dengan kedua ibu bapanya, tentu ibumu adalah orang yang paling berasa cukup tanpa suami. Tetapi wanita diciptakan untuk lelaki dan lelaki diciptakan untuk mereka.
Wahai puteriku, Sesungguhnya engkau akan meninggalkan rumah tempat kamu dilahirkan dan kehidupan yang telah membesarkanmu untuk berpindah kepada seorang lelaki yang belum kamu kenal dan teman hidup yang baru. Kerana itu, jadilah ‘budak’ wanita baginya, tentu dia juga akan menjadi ‘budak’ bagimu serta menjadi pendampingmu yang setia.
Peliharalah sepuluh sifat ini terhadapnya, tentu ia akan menjadi perbendaharaan yang baik untukmu.
Pertama dan kedua,
Berkhidmat dengan rasa puas serta taat dengan baik kepadanya.
Ketiga dan keempat,
Memerhatikan tempat pandangan matanya dan bau yang diciumnya. Jangan sampai matanya memandang yang buruk daripadamu dan jangan sampai dia mencium kecuali yang harum daripadamu.
Kelima dan keenam,
Memerhatikan waktu tidur dan waktu makannya, kerana lapar yang berlarutan dan tidur yang terganggu dapat menimbulkan rasa marah.
Ketujuh dan kelapan,
Menjaga hartanya dan memelihara kehormatan serta keluarganya. Perkara pokok dalam masalah harta adalah membuat anggaran dan perkara pokok dalam keluarga adalah pengurusan yang baik.

Kesembilan dan kesepuluh,
Jangan membangkang perintahnya dan jangan membuka rahsianya. Apabila kamu tidak mentaati perintahnya, bererti kamu melukai hatinya. Apabila kamu membuka rahsianya kamu tidak akan aman daripada pengkhianatannya.
Kemudian janganlah kamu bergembira di hadapannya ketika dia bersedih atau bersedih di hadapannya ketika dia bergembira. Jadilah kamu orang yang sangat menghormatinya, tentu dia akan sangat memuliakanmu.
Jadilah kamu orang yang selalu sepakat dengannya, tentu dia akan sangat belas kasihan dan sayang kepadamu.
Ketahuilah, sesungguhnya kamu tidak akan dapat apa yang kamu inginkan sehingga kamu mendahulukan keredaannya daripada keredaanmu, dan mendahulukan kesenangannya daripada kesenanganmu, baik dalam hal yang kamu sukai atau yang kamu benci dan Allah akan memberkatimu.

PETUA KEKAL BAHAGIA, INSYAALLAH







Petua 8P Ustazah Siti Nurbahyah

Siti Nur Bahyah berkata,
1) P yang pertama ialah 'puji' iaitu setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terima kasih apabila diberi pertolongan.

2) Katanya, P kedua ialah 'peluk' yang mana pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang.

3) P seterusnya ialah 'penghargaan' di mana amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang.

4) 'Perhatian' adalah P keempat yang mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan, katanya yang menulis buku Cakar Harimau - Tips Kebahagiaan Rumah Tangga, Amalan Ibu Mengandung dan Panduan Mencerdaskan Minda.

5) Siti Nur Bahyah berkata! , P seterusnya mewakili 'persefahaman'

6) Menurutnya, P selanjutnya membawa maksud 'pergaulan' iaitu pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain bagi mengelakkannya daripada melampaui batas, menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga.

7) Beliau berkata, satu lagi P adalah 'percutian' di mana kita perlu merancang percutian berdua-duaan dengan pasangan di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin.

8) Katanya, P yang terakhir ialah 'permohonan' iaitu doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia.

Siti Nur Bahyah juga menurunkan beberapa amalan doa selepas solat yang boleh merapatkan hubungan dan menimbulkan kasih sayang antara suami isteri iaitu membaca surah Al-Imran ayat ke-31 atau membacakan ayat ke-200 surah sama bagi mengurangkan panas baran suami.
Beliau berkata, kunci kebahagiaan rumah tangga yang sebenar ialah mendekatkan diri dengan Allah.
Katanya, apabila seseorang insan mengabaikan tanggung jawab terhadap agama, dia akan mengabaikan rumah tangga kerana jiwanya kosong.

"Ketika kita jauh daripada Allah, iblis yang suka umat manusia bercerai-berai akan menghampiri dan melalaikan kita daripada tanggung jawab terhadap keluarga," katanya.


Wednesday, 6 June 2012






Kiamat menurut Agama Islam

- Kemunculan Imam Mahdi
- Kemunculan Dajjal
- Turunnya Nabi Isa (AS)
- Kemunculan Yakjuj Dan Makjuj
- Terbitnya matahari dari Barat ke Timur
- Pintu pengampunan akan ditutup
- Dab'bat al-Ard akan keluar dari tanah & akan menandai muslim yang sebenar2nya
- Kabus selama 40 Hari akan mematikan semua orang beriman sejati shj mereka tidak perlu mengalami tanda2 kiamat lainnya
- Sebuah kebakaran besar akan menyebabkan kerusakan,
- Pemusnahan Kabah,
- Tulisan dalam Al-Quran akan lenyap,
- Sangkakala akan ditiup pertama kalinya binatang2 & org2 kafir yang tersisa akan mati, semua gunung & bangunan akan runtuh
- Tiupan sangkakala yang kedua kalinya akan membangkitkan semua ciptaan Allah & bertemu di dataran Arafah menuju saat penghakiman mereka.. Dan Matahari akan mendekatkan dirinya ke bumi

Nabi MUHAMMAD SAW telah bersabda:
"Barang siapa yg mengingatkan ini kepada orang lain, akan Ku buatkan tempat di Syurga baginya pada hari penghakiman kelak."
(sohih)

…LELAKI~HARGAILAH WANITA YANG IKHLAS MENCINTAI KAMU…


 Lelaki ketahuilah…
Apabila seorang perempuan telah jatuh cinta
Lelaki itu tidak semestinya punya segalanya
Tetapi lelaki itu adalah segalanya dihatinya
 
Lelaki ketahuilah…
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata
Itu bukan bermakna dia lemah tetapi dia sedang mencari kekuatan
Untuk terus tabah mencintai lelaki itu.
 
Lelaki ketahuilah…
Apabila seorang perempuan marah
Memang dia tidak mampu mengawal perasaannya
Tapi percayalah, itu maknanya
Dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu
Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh
Tetapi percayalah,
Semakin bertambah sayang mereka pada seseorang
Semakin banyak pula pertelingkahan yang berlaku
 
Lelaki ketahuilah…
Apabila perempuan bercakap banyak
Dia tidak pernah bermaksud untuk membuatkan anda rimas
Tetapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat
 
Lelaki ketahuilah…
Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah
Itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya
Tetapi dia mahu jadikan anda lebih baik bukan untuk dirinya
Tetapi untuk masa depan anda
 
Lelaki ketahuilah…
Apabila perempuan cemburu dan tidak mempercayai anda
Bukan bermakna dia tidak sayang tetapi dia terlalu sayangkan anda
Dan masih menganggap anda anak kecil 
Yang masih memerlukan sepenuh perhatian
Kadang kadang dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya
Anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi
Naluri keibuannya sangat kuat
Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda
 
Lelaki ketahuilah…
Apabila perempuan merajuk jangan kata dia mengada-ngada
Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen
Tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai
 
Lelaki ketahuilah…
Apabila perempuan jarang mengatakan ”i love you”
Itu tidak bermaksud dia tidak menyintai
Tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya
Bukan hanya hadir dengan kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya
 
Lelaki ketahuilah…
Apabila perempuan mengatakan dia rindu sama kamu
Dia memang benar benar maksudkannya 
Apabila berjauhan, bayangmu akan sentiasa bermain di mata
 
Lelaki ketahuilah…
Apabila perempuan menjadi degil
Dia bukan bermaksud untuk menjadi degil
Tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dgn karenahnya
Percayalah, hati perempuan itu lembut
Jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dlm masa sesaat

 Lelaki ketahuilah…
Apabila perempuan berkata “tinggalkan saya”
Dia tidak bermaksud untuk menyuruh anda pergi selamanya
Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja
Apabila dia kembali tenang
Percayalah dia akan mencari kamu semula
Itu tandanya dia benar benar menyintai kamu
Perempuan sukar mengawal perasaan, dia terlalu emosional
Tapi dialah yang paling menyayangi anda
Dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda
 
Lelaki ketahuilah….
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dgn perbezaan tsendiri
Tetapi sekiranya mereka saling memahami
Mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan
Perempuan itu dicipta oleh Allah indah sekali
Disebalik air matanya tersimpan seribu kekuatan
Yang menjadikan seorang lelaki itu berasa selamat bersamanya
Biarpun zahir perempuan itu nampak lemah
Tapi dia punyai kekuatan sendiri yg bisa mengoncang dunia
Dan mungkin bisa pula membuat lelaki mjd lemah kerananya
 
Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda
Kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja
Tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyokong anda 
Dan membuat hidup anda lebih sempurna
Dialah yang bakal menjadi
Perempuan bekerjaya, isteri dan ibu yang terbaik kepada anak anak anda