Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa yang Allah mahukan kebaikan untuknya, nescaya Dia akan mengujinya dengan kesusahan" (Riwayat Al-Bukhari)
Assalamualaikum

INILAH SAYA ....
Wednesday, 6 June 2012
…LELAKI~HARGAILAH WANITA YANG IKHLAS MENCINTAI KAMU…
Lelaki ketahuilah… Apabila seorang perempuan telah jatuh cinta Lelaki itu tidak semestinya punya segalanya Tetapi lelaki itu adalah segalanya dihatinya Lelaki ketahuilah… Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata Itu bukan bermakna dia lemah tetapi dia sedang mencari kekuatan Untuk terus tabah mencintai lelaki itu. Lelaki ketahuilah… Apabila seorang perempuan marah Memang dia tidak mampu mengawal perasaannya Tapi percayalah, itu maknanya Dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh Tetapi percayalah, Semakin bertambah sayang mereka pada seseorang Semakin banyak pula pertelingkahan yang berlaku Lelaki ketahuilah… Apabila perempuan bercakap banyak Dia tidak pernah bermaksud untuk membuatkan anda rimas Tetapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat Lelaki ketahuilah… Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah Itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya Tetapi dia mahu jadikan anda lebih baik bukan untuk dirinya Tetapi untuk masa depan anda Lelaki ketahuilah… Apabila perempuan cemburu dan tidak mempercayai anda Bukan bermakna dia tidak sayang tetapi dia terlalu sayangkan anda Dan masih menganggap anda anak kecil Yang masih memerlukan sepenuh perhatian Kadang kadang dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya Anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi Naluri keibuannya sangat kuat Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda Lelaki ketahuilah… Apabila perempuan merajuk jangan kata dia mengada-ngada Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen Tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai Lelaki ketahuilah… Apabila perempuan jarang mengatakan ”i love you” Itu tidak bermaksud dia tidak menyintai Tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya Bukan hanya hadir dengan kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya Lelaki ketahuilah… Apabila perempuan mengatakan dia rindu sama kamu Dia memang benar benar maksudkannya Apabila berjauhan, bayangmu akan sentiasa bermain di mata Lelaki ketahuilah… Apabila perempuan menjadi degil Dia bukan bermaksud untuk menjadi degil Tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dgn karenahnya Percayalah, hati perempuan itu lembut Jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dlm masa sesaat
Lelaki ketahuilah… Apabila perempuan berkata “tinggalkan saya” Dia tidak bermaksud untuk menyuruh anda pergi selamanya Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja Apabila dia kembali tenang Percayalah dia akan mencari kamu semula Itu tandanya dia benar benar menyintai kamu Perempuan sukar mengawal perasaan, dia terlalu emosional Tapi dialah yang paling menyayangi anda Dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda Lelaki ketahuilah…. Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dgn perbezaan tsendiri Tetapi sekiranya mereka saling memahami Mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan Perempuan itu dicipta oleh Allah indah sekali Disebalik air matanya tersimpan seribu kekuatan Yang menjadikan seorang lelaki itu berasa selamat bersamanya Biarpun zahir perempuan itu nampak lemah Tapi dia punyai kekuatan sendiri yg bisa mengoncang dunia Dan mungkin bisa pula membuat lelaki mjd lemah kerananya Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda Kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja Tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyokong anda Dan membuat hidup anda lebih sempurna Dialah yang bakal menjadi Perempuan bekerjaya, isteri dan ibu yang terbaik kepada anak anak anda
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment