Assalamualaikum

Assalamualaikum
INILAH SAYA ....

Tuesday, 24 July 2012

IMPIAN KASIH


Wanita baik itu dijanjikan untuk lelaki yang baik dan sebaliknya.Telah terungkap sebaris nama lelaki di Loh Mahfuz untukmu. Cuma peribadinya ditentukan oleh sejauh mana ketinggian peribadimu. Jika kau thabat di atas jalan yang diredhai, insyaAllah, si dia turut di jalan yang sama. Wahai diri, lupakan segala kegundahan, teguhkan diri pada CINTA HAKIKI nescaya cinta lelaki soleh turut kau miliki. Senyumlah pada sinar yang menantimu di hadapan... Ya Allah, teguhkan aku di jalanMu, agar si dia turut berada dalam redhaMu... Ya Allah, perindahkanlah akhlakku, agar si dia turut dihiasi akhlak yang cantik... Ya Rahman, aku mohon CINTAMU...agar jiwa ini terisi, hati ini terus tenang dalam dakapan KASIHMU... Ya Rahim, aku mohon pelihara si dia walau di mana jua dia berada...dekatkan dia padaMu Ya Rabb..kerana sesungguhnya tidak ada sebaik-baik pelindung selainMU.

1 comment:

  1. Wahai kaum lelaki, jangan terlalu mencari-cari dan menanti-nanti 'si solehah' yang diimpikan akan menjadi milik kita sebalik menjadikan diri kita benar-benar soleh serta sanggup memenuhi segala tuntutan Islam keatas kita adalah lebih utama. Sekiranya syarat ini dipenuhi pasti 'si solehah' yang diidamkan yang mencari dan menanti kita...INSYAALLAH

    ReplyDelete